Kementerian Pengangkutan akan lengkapkan laporan siasatan nahas trak FRU dalam sebulan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan untuk menyiapkan laporan siasatan berhubung nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pada Rabu (14 Mei).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, laporan berkenaan perlu dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti aspek yang bukan bersifat jenayah, (terutama) dari aspek kenderaan.

“Jemaah Menteri memutuskan bahawa laporan daripada Kementerian Pengangkutan perlu disiapkan dalam tempoh satu bulan dan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya ketika sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya pada Rabu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut merakamkan ucapan takziah Jemaah Menteri kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi semalam, sembilan anggota FRU maut apabila trak yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Susulan itu, Anthony Loke dalam satu kenyataan memaklumkan Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat punca kejadian serta mencadangkan penambahbaikan aspek keselamatan berkaitan.

Related Posts

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) bakal menghimpunkan pimpinan tertinggi serta perwakilan parti komponen menerusi Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat