Lelaki dipenjara 5 bulan, pukul kepala ibu dengan topi keledar

MELAKA – Seorang lelaki tergamak memukul kepala ibu kandungnya menggunakan topi keledar, dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pada Jumaat.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ezat Hamidee Abdul Latib, 35, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan sejurus dibacakan dan diterangkan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Asiah Mohd Said, 60, di sebuah rumah di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas pada 4 Ogos lalu, kira-kira 12.30 tengah hari.

Tertuduh bertindak sedemikian disebabkan marah apabila ditegur oleh ibunya dan malu sekiranya keluarga mengetahui jika tertuduh baharu dibebaskan dari Pusat Serenti.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan mahkamah sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh bermula dari tarikh tangkapan 4 Ogos lalu, bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon diberikan jaminan.

Mahkamah kemudian memutuskan wang jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan semula pada 17 September depan.

Dalam prosiding sama, tertuduh juga turut didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara