Angkat suara akar umbi untuk perhatian kerajaan – PM

TAMBUN – Pemimpin masyarakat perlu membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian kerajaan supaya ia boleh dirunding dan diselesaikan.

Demikian gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada program bersama masyarakat India Parlimen Tambun di Dewan Komuniti Chemor, di sini, pada Isnin.

Perdana Menteri turut menegaskan Kerajaan Madani sentiasa mengambil perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira kaum.

“Saya gesa pemimpin masyarakat ini untuk membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian Kerajaan supaya ia dirunding dan diselesaikan, ketimbang celaan dan cercaan semata-mata yang tidak mungkin membantu merungkai masalah.

“Meskipun berdepan kekangan kewangan akibat kebobrokan pemimpin lampau yang mencuri wang demi memperkayakan kaum kerabat, saya beri jaminan Kerajaan Madani akan bekerja keras untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu turut menegur segelintir pemimpin masyarakat yang bertindak mencela Kerajaan secara semberono hanya kerana beberapa kelemahan kecil dalam pelaksanaan beberapa inisiatif Kerajaan.

Perdana Menteri menafikan dakwaan kononnya bahawa kerajaan meminggirkan kebajikan kaum India, tatkala sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

“Malah, RM60 juta disediakan untuk TEKUN bagi membantu usahawan, termasuk dalam kalangan masyarakat India, serta lebih RM71 juta diperuntukkan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), termasuk RM50 juta khusus untuk inisiatif Sahabat Usahawan India,” jelasnya.

Dalam ucapanya juga, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada penduduk Kampung Kanthan atas sambutan yang sangat meriah dan mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM72,000 bagi pembelian skrin LED di dewan sekolah berkenaan.

Sebelum itu, Perdana Menteri juga singgah di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa di Chemor untuk menghadiri Pesta Makan Buah-Buahan.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James