Angkat perjuangan Tun Datu Mustapha dalam silibus pendidikan

PUTATAN – Perjuangan Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun sebagai tokoh utama pembinaan politik dan kemerdekaan Sabah wajar diangkat semula, khususnya dalam kalangan generasi muda, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.

“Saya sebenarnya ingin mengangkat kembali perjuangan Allahyarham Tun yang amat signifikan sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah dan bagaimana beliau membina asas politik negeri ini.

“Saya harap kepimpinan baharu khususnya generasi muda, dapat menelusuri sejarah perjuangan beliau,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Khas di Taman Memorial Tun Datu Mustapha, Kampung Ulu Putatan, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Mustapha turut memaklumkan bahawa pelancaran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 pada Selasa telah membuka ruang untuk memasukkan sejarah Sabah, khususnya berkaitan perjuangan Tun Datu Mustapha, dalam silibus pendidikan.

“Kita mahu sejarah kemerdekaan negara ini turut menonjolkan peranan tokoh-tokoh Sabah. Saya berharap sejarah perjuangan Tun dapat dimasukkan dalam silibus supaya generasi muda mengenal siapa beliau sebenarnya,” jelasnya.

Mustapha turut menyatakan hasrat agar perjuangan Tun dapat dihayati oleh generasi muda dalam membina negara ini.

“Kita juga mahu generasi muda mengetahui peranan Tun dalam pembentukan Malaysia bersama kepimpinan lain seperti Tun Fuad Stephen serta pemimpin negara yang lain,” katanya.

Related Posts

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

KANGAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi Penggal Keempat dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2026 selepas ditangguhkan baru-baru ini. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

MELAKA – Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dalam menangani isu capaian internet apabila setiap aduan rakyat diberi perhatian segera dengan fokus terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan. Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 Exco baru UMNO?

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 Exco baru UMNO?

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud