Naik taraf parkir Gereja Holy Rosary dijangka siap tiga bulan

MIRI – Kerja menaik taraf tempat letak kereta di hadapan Gereja Holy Rosary, Piasau Utara sedang giat dijalankan bagi menyediakan kemudahan lebih selesa kepada pengunjung.

Pihak pengurusan gereja memaklumkan, projek penurapan asfalt di kawasan yang dibina tahun lalu itu dijangka mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.

“Pelaksanaan kerja dilakukan secara berperingkat bagi memastikan aktiviti harian gereja serta pergerakan pengunjung tidak terganggu.

“Ia turut merangkumi pemeriksaan struktur asas, penambahbaikan permukaan rosak serta sistem saliran yang lebih baik bagi mengelakkan genangan air ketika hujan,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, kawasan parkir berkenaan akan disusun semula bagi memaksimumkan kapasiti kenderaan sekali gus meningkatkan aspek keselamatan pengguna.

Projek usahasama pengurusan gereja dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan infrastruktur rumah ibadat dan kawasan awam berada dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan keselamatan di lokasi sepanjang tempoh pembinaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Foto : Facebook YB Adam Yii

Related Posts

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

KANGAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi Penggal Keempat dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2026 selepas ditangguhkan baru-baru ini. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

MELAKA – Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dalam menangani isu capaian internet apabila setiap aduan rakyat diberi perhatian segera dengan fokus terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan. Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 EXCO baru UMNO?

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 EXCO baru UMNO?

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan