SARA, STR terus jadi talian hayat rakyat

Oleh: Haziq Azhar & Haziq Musa

KUCHING – Inisiatif Kerajaan Perpaduan menerusi penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus mendapat respon positif rakyat yang menyifatkannya sebagai talian hayat bagi mendepani cabaran kos sara hidup semasa.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dan berharap bantuan bersasar ini diteruskan demi kesejahteraan golongan memerlukan.

“Keprihatinan Kerajaan MADANI menerusi saluran MyKasih dan SARA ini amat dihargai. Pada pandangan saya, ia merupakan satu agenda menyantuni rakyat yang menjadi anjakan paradigma kepada ekonomi ummah.

Bantuan RAHMAH ini benar-benar dirasai nikmatnya oleh rakyat. Ia mewujudkan situasi menang-menang di mana rakyat bersyukur dan pada masa sama perlu memanfaatkan bantuan yang disalurkan kerajaan ini dengan bijak,” kata Sajali Mohamad, 73, pesara kerajaan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana tidak melupakan golongan bujang berpendapatan rendah. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan SARA dan STR Bujang ini sangat membantu meringankan beban kewangan.

Saya manfaatkan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak. Harapan saya agar bantuan ini diteruskan dan diperkasa demi kelangsungan hidup rakyat yang lebih stabil.” ujar Karuna Sho Hei Pohim, wartawan dari Kuching.

“Alhamdulillah, inisiatif STR dan SARA ini memberi kelegaan besar kepada kami dalam menghadapi kos sara hidup sekarang. Terima kasih kepada kerajaan kerana peka dan prihatin dengan keluhan rakyat.

Besar harapan saya agar usaha murni sebegini dapat ditambah baik pada masa hadapan supaya golongan sasar yang benar-benar memerlukan terus terbela,” kata Abd Afiq Unus, 28, pekerja swasta.

Related Posts

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM