Anak sulung Abuya tunjuk lokasi dikurung

BERUAS – Anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah, tiba di perkampungan GISB Holding (GISBH) di Kampung Batu Hampar Dalam, di sini kira-kira jam 2.38 petang pada Ahad bersama tiga rakan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 dengan diiringi lima kenderaan polis.

Wanita berusia 41 tahun itu dilihat berpakaian baju kebarung warna kelabu dibawa terus ke rumah kediaman di dalam perkampungan itu dipercayai bertujuan bagi menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan.

Difahamkan, Ummu Atiyah tiba di Balai Polis Padang Gajah, dekat Trong jam 11 pagi pada Ahad untuk diambil keterangan sebelum dia dibawa ke perkampungan GISBH yang terletak kira-kira 14 kilometer dari pekan Beruas.

Siasatan di tempat kejadian diketuai pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Asisten Superintenden N Suder bersama 10 anggota polis.

Mangsa menunjukkan rumah setingkat lokasi dia mendakwa dikurung dan kawasan sekitar perkampungan terbabit bagi membantu siasatan.

“Terima kasih, kami nak balik KL (Kuala Lumpur),” kata anak Abuya itu kepada pemberita selepas kira-kira setengah jam selesai menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung dan dirogol.

Foto: Malaysia Gazette

Ummu Atiyah sebelum ini mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol oleh seorang pemimpin GISBH yang ingin menikahinya secara paksa.

Pada Sabtu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Ummu Atiyah sudah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipaksa berkahwin dengan salah seorang pemimpin GISBH di Turkiye, sebelum dibawa pulang ke Malaysia dan dikurung di sebuah perkampungan GISBH di Batu Hampar, Beruas.

Katanya, pengadu memberitahu perkampungan terbabit dihuni ramai remaja dan orang dewasa dalam lingkungan usia 13 dan ke atas.

Razarudin turut mengesahkan mangsa pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Taiping sekitar 2018 dan kini sedang mengambil ubat di Hospital Melaka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan empat lelaki yang terbabit mengurung mangsa bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tinjauan mendapati perkampungan GISBH di Kampung Batu Hampar Dalam, di sini, sunyi serta tidak berpenghuni.

Foto: Malaysia Gazette

Operasi maahad dan kedai runcit juga didapati tidak lagi beroperasi disamping kawasan sekitar diletakkan dengan garisan kuning polis.

Turut kelihatan notis penghentian operasi maahad yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 27 September lalu dengan isi kandungannya menyatakan sekolah berkenaan belum berdaftar sebagaimana yang terkandung di bawah Enakmen Kawalan-kawalan Sekolah Agama Islam 1996, Bahagian III Pendaftaran Sekolah-sekolah Subseksyen 5(1) susulan belum berdaftar dengan JAIPk.

“Oleh yang demikian tuan dikehendaki menghentikan operasi sekolah serta-merta.

“Kerjasama dan perhatian daripada tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai,” tulis notis yang ditampal pada papan tanda maahad di perkampungan itu.

Dakwaan beberapa orang penduduk berhampiran, segala pengoperasian dan premis di perkampungan GISBH tersebut telah dikosongkan bulan lalu (September) iaitu sejak isu GISBH dilaporkan.

Ujar mereka, terdapat kira-kira 70 orang pelajar termasuk kakitangan maahad asalnya tinggal di maahad tersebut sejak hampir 10 tahun lalu.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang