Anak saya tidak akan terlepas tindakan undang-undang jika terbukti bersalah – Saifuddin

SEPANG – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada pihak polis membuat siasatan kes yang melibatkan anaknya, sekiranya terdapat laporan dibuat terhadapnya.

Beliau menegaskan anaknya tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati terlibat dalam kes ugutan jenayah seperti yang didakwa.

“Anak saya tidak mengatasi undang-undang, kalau ada laporan ke atasnya, ia tanggungjawab polis untuk menyiasat setelusnya dan seadilnya.

“Merujuk kenyataan IGP (Ketua Polis Negara) sebelum ini, bahawa kertas siasatan sudah disempurnakan dan sudah diserahkan kepada (Pejabat) Peguam Negara.

“Biarkan  proses mengambil tempat, prinsip yang saya pegang adalah semua kita tidak kebal undang-undang, tidak mengatasi undang-undang termasuk anak saya sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Sesi Tinjauan Gate Kod QR MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Khamis lalu mengesahkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, tindakan itu sekaligus menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

Terdahulu tular dalam laman sosial aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.

Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember tahun lalu.

Sebagai rekod, pada masa ini, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 10 rakyat negara ini yang kini ditahan tentera Israel.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa