Lantikan ahli lembaga pengarah GLC, GLIC orang politik atau bukan sudah lepas saringan – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mendiskriminasi orang politik atau bukan dalam pelantikan ahli lembaga pengarah bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Hal ini jelas beliau, pelantikan ini melalui proses termasuk semakan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan rekod mereka yang dilantik itu bersih dan dapat dipertahankan.

“Indikator kedua ialah yang dilantik itu profesional. Apakah mereka itu pernah pegang jawatan politik, itu bukan soal. Siapa yang layak, kita tidak
diskriminasi orang politik atau bukan, tetapi syarat itu, dan keutamaan yang sebahagian besar adalah golongan profesional.

“Melainkan beberapa bidang, umpamanya institusi kewangan dan beberapa agensi yang terikat dengan kewangan, itu tidak diizinkan ahli-ahli politik dalam ahli lembaga.

“Itu memang tegas dan kita mendukung prinsip Bank Negara,” jelas beliau ketika sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang mencadangkan Ahli Lembaga Pengarah GLC dan GLIC bersifat bebas dengan tidak lagi mengamalkan lantikan politik.

Menurut Anwar, kerajaan sedang berusaha mempertingkat dan memperbaiki soal penilaian dan prestasi itu mereka.

“Insya-Allah, kita lakukan terus kerana yang kurang sekarang ialah bila ada pemantauan yang keras, maka tidak mudah untuk ahli lembaga itu bertindak bertentangan dengan prinsip yang ditegaskan.

“Dan mereka tahu bahawa mulai tahun depan, Ketua Audit Negara akan masuk, dan ini akan memberikan satu peringatan bahawa tidak harus berlaku apa-apa permasalahan, kecurangan dalam agensi yang berkenaan,” tegas Anwar.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO