KKM nafi IJN akan diswastakan

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan bahawa Institusi Jantung Negara (IJN) akan diswastakan.

Dr Dzulkefly berkata, IJN adalah badan korporat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.).

“Sebuah mesej palsu tersebar berkenaan status IJN. Untuk pemakluman, polisi sedia ada adalah kekal.

“IJN adalah badan korporat milik MoF Inc.

“Tuduhan bahawa IJN akan diswastakan adalah tidak berasas sama sekali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dzulkefly menjelaskan kenyataan beliau sebelum ini bahawa IJN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai hubungan kerja yang baik walaupun selepas berlakunya pengkorporatan institusi jantung tersebut.

Tambahnya, perkongsian tersebut strategik bagi mengoptimumkan penggunaan sumber.

“Perihal perkongsian dan pemindahan pesakit juga dijelaskan dalam kenyataan media pada 27 Februari lalu,” katanya.

Dzulkefly memaklumkan, KKM akan merujuk kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN bertujuan untuk mengurangkan kesesakan serta masa menunggu yang lama.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan