Amirudin seru politik damai, matang dalam pemilihan PKR

PENGERUSI PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru semua pihak yang terlibat dalam pemilihan pucuk pimpinan agar berkempen secara beretika, sejajar dengan semangat perjuangan reformasi parti.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor itu menegaskan bahawa pentingnya untuk semua calon dan penyokong mengekalkan kempen yang berlandaskan semangat setiakawan tanpa menyerang peribadi, menyebar fitnah atau membuat tuduhan yang tidak berasas.

“Saya memerhati dengan tekun dan teliti perkembangan rancak berkaitan Pemilihan PKR peringkat Pusat yang sedang berlangsung. Saya juga menekuni kenyataan media yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung dakwaan saudara Timbalan Presiden.

“Saya menggesa agar semua sahabat seperjuangan tetap istiqamah berkempen berpaksikan semangat setiakawan dan tidak terpalit fasad serta hasad menyerang peribadi, melontar fitnah serta tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Ini bukanlah amalan yang ingin kita lihat dalam proses pemilihan sebuah parti ‘reform’ yang dipanggil sebagai PKR,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Menurut beliau, budaya politik yang matang perlu terus dipupuk agar proses pemilihan dalam PKR mencerminkan nilai-nilai yang dipegang oleh parti sebagai sebuah gerakan reformasi.

Amirudin turut mengingatkan semua calon supaya mematuhi garis panduan dan tatacara kempen yang ditetapkan oleh JPP serta menggunakan pentas pemilihan ini untuk menampilkan idea serta gagasan secara sihat.

“Pemilihan kali ini adalah pentas untuk menampilkan idea dan gagasan masing-masing secara sihat dan matang, serta peluang untuk prestasi kita dalam penggal sebelum ini dinilai oleh anggota parti dan turut diperhatikan oleh rakyat.

“Sebagai parti teras dalam Kerajaan Perpaduan, rakyat akan melihat segala tindak tanduk serta perbuatan kita. Ayuh sama-sama kita mempamerkan politik yang damai dan matang demi manfaat bersama,” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan PKR diadakan diadakan pada kongres parti itu di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Mei ini.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM