Fahmi zahir ucapan takziah atas pemergian sembilan anggota FRU

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menzahirkan ucapan takziah keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tragis membabitkan Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampan, Teluk Intan,awal pagi tadi.

Fahmi berkata, kehilangan sembilan anggota FRU merupakan satu tragedi besar bukan sahaja kepada keluarga dan rakan setugas mereka, tetapi juga kepada negara yang amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan.

“Saya mewakili seluruh warga Kementerian Komunikasi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragis melibatkan anggota FRU di Jalan Chikus, Sungai Lampan, Teluk Intan, pagi tadi.

“Pemergian sembilan anggota FRU dalam nahas tersebut merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga dan rakan seperjuangan, tetapi juga kepada negara yang amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kita.

“Anggota FRU adalah wira negara yang sentiasa bersedia berada di barisan hadapan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya di Facebook pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi tadi, polis mengesahkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meninggal dunia dalam nahas di KM15, Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam

Mengulas lanjut, Fahmi turut mendoakan agar roh kesemua mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Beliau juga berharap agar keluarga mangsa diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang berat ini dan mengajak rakyat Malaysia mendoakan anggota yang cedera diberikan kesembuhan seperti sediakala.

“Saya mendoakan agar roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

“Sama-sama juga kita berdoa agar kesemua anggota yang cedera dalam kejadian ini diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan mereka,” katanya.

Fahmi turut menegaskan komitmen Kementerian Komunikasi untuk terus menyokong pihak berkuasa dan media dalam menyebarkan maklumat yang sahih serta membanteras penularan maklumat palsu.

“Kementerian Komunikasi bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan media dalam menyampaikan maklumat sahih, serta menyekat penyebaran berita palsu berhubung insiden ini demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan. Al-Fatihah,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM