Ambil tindakan tegas, jangan lindungi pembuli di sekolah

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah, Datuk Fairuz Renddan menggesa pihak bertanggungjawab serta pihak sekolah untuk mengambil tindakan tegas dan tidak melindungi pembuli di sekolah.

“Kalau ada pelajar yang dibuli, bermakna ada pembuli di sekolah dan perkara ini perlu diambil tindakan tegas, diberi pengajaran keras dan pihak yang bertanggungjawab perlu segera menyelesaikannya.

“Tidak wajar jika pembuli yang tidak bermoral terus dilindungi identiti, cuma kerana dia juga seorang pelajar.

“Jika hari ini dia buli rakan sekolah, esok bila dewasa dan keluar dari alam persekolahan, apa dia mahu jadi? Siapa dia mau buli? Ini bibit-bibit sifat penjenayah yang kelak boleh merosakkan keharmonian dalam institusi masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Beliau berkata, kejadian buli yang sering berulang tanpa episod penamat adalah umpama duri dalam daging yang perlu dihentikan demi kesejahteraan dan keselamatan para pelajar di sekolah.

“Kita hantar anak-anak ke sekolah untuk belajar, mencari ilmu, bergaul berkawan sesama mereka dan berusaha keras mengejar cita-cita menjadi anak bangsa berguna.

“Apa guna jika wujud segelintir virus perosak seperti golongan pembuli ini dan pihak bertanggungjawab dan sekolah mendiamkan diri, melindungi mereka dan sampai bila perlu mangsa dan keluarga mangsa perlu bersedih kerana keadaan yang sangat tidak adil ini?

“Tolong, saya merayu, saya menyeru semua yang bertanggungjawab, semua yang memegang kuasa untuk mengatasi dan menguruskan masalah buli, tolong, bantu kita didik anak-anak kita dan beri hukuman setimpal kerana kita perlu kekang budaya samseng dan buli di sekolah,” katanya.

Fairuz turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa iaitu Zara Qairina Mahathir, seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, di Papar, meninggal dunia setelah terjatuh daripada tingkat tiga sekolah itu, baru-baru ini.

“Saya seorang bapa dan bila ada kejadian seumpama ini, saya sedih, saya bayangkan anak-anak saya di sekolah.

“Kadang-kadang saya sendiri rasa lemah bila ada kejadian seumpama ini berlaku, anak kita yang kita tatang bagai minyak penuh, meninggal dunia kerana kejadian yang tidak pernah kita bayangkan akan berlaku pada mereka.

“Semoga keadilan dapat ditegakkan, jangan lindungi pembuli, jangan terus biarkan budaya buli wujud dalam komuniti anak-anak kita di sekolah, hentikan semua ini, ambil tindakan wajar secara tuntas,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16