Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 50 rumah

LAHAD DATU – Tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan kira-kira 50 rumah berhampiran di Kampung Panji, pada Jumaat.

Ketua BBP Lahad Datu, Sumsoa Rashid bagaimanapun berkata, empat rumah dilaporkan terbakar dalam insiden itu dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Sepasukan anggota bergerak ke lokasi sebaik mendapat panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.57 pagi.

“Tiga rumah jenis kekal masing-masing terbakar sepenuhnya dan 20 peratus manakala sebuah lagi rumah terbakar lima peratus,” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Menurut Sumsoa, pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran, tiga pancutan 200 kaki sumber air daripada tangki jentera dan air terbuka kolam.

“Api berjaya dikawal pukul 12.32 tengah hari dan operasi ditamatkan 1.44 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16