Ambiga buat kenyataan luar konteks, kata Fahmi

PUTRAJAYA – Kenyataan bekas pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan yang mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah ‘kerajaan diktator’ disifatkan sebagai kenyataan hiperbola dan tidak berpijak di bumi nyata, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, biarpun Ambiga mempunyai hak untuk menyatakan pandangan berhubung isu itu, tegurannya tersasar dan tidak dilihat dalam konteks sedia ada.

“Itu kenyataan hiperbola, beliau tidak berpijak di bumi yang nyata, bukan kerajaan ini yang lakukan Ops Lalang, bukan kerajaan ini yang melakukan tindakan memukul peserta demonstrasi.

“Malah baru-baru ini sekumpulan peserta melakukan protes di hadapan pusat khidmat Perdana Menteri di Tambun, Perak… mereka tidak ‘disambut’ dengan cota dan gas pemedih mata, sebaliknya mereka diberikan air dan roti,” katanya pada sidang media, hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ambiga yang mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah ‘kerajaan paling diktator’ dalam sejarah pemerintahan negara kerana tidak memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, sebaliknya memperkenalkan pelesenan baharu.

Beliau menjelaskan sejak Februari lalu, beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan diadakan termasuk bersama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Artikel 19 (pertubuhan kebebasan bersuara), sebelum kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia baharu itu.

“Ini membuktikan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan kerajaan sangat terbuka untuk menerima pandangan dan kritikan yang membangun… Bersih ada dijemput, tetapi tak hadir,” katanya.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

Inflasi keseluruhan catat penurunan

Inflasi keseluruhan catat penurunan