Allah ‘panggil’ Syakirah untuk ‘rehat’

KUALA TERENGGANU – Pemergian Syakirah Hanan Mazli, yang sarat dengan komitmen bekerja dan belajar, disifatkan bapanya sebagai ketentuan Ilahi selepas arwah keletihan mengejar tanggungjawab dunia.

Bapa arwah Syakirah Hanan, Mazli Yusoh, 51, berdoa supaya anaknya itu ‘berehat’ dengan tenang di alam abadi selepas terkorban dalam kemalangan jalan raya, semalam.

“Dia (arwah) sudah penat bekerja, dalam seminggu tidak pernah rehat. Jadi Allah SWT panggil dia. Allah SWT rehatkan dia, rehat dari kesibukan dunia.

“Syukur, jenazah arwah juga dalam keadaan sempurna, hanya sedikit kecederaan di muka,” katanya ketika ditemui Berita Harian selepas pengebumian jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Bedah, di sini, jam 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, pada Jumaat dan Sabtu anaknya mengikuti kelas di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari.

“Ahad hingga Khamis pula dia bekerja sebagai guru tadika di sebuah tadika swasta di Batu Buruk.

“Dalam seminggu memang tidak ada masa untuk dia berehat. Dia pernah beritahu penat dan kini Allah panggil dia untuk berehat,” katanya.

Semalam media melaporkan, Syakirah Hanan yang juga anak saudara kepada pendakwah Datuk Mohd Zawawi Yusoh, maut apabila kereta Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah Honda Jazz di simpang empat Jalan Kemajuan, jam 1.30 tengah hari.

Mangsa yang dalam perjalanan mendapatkan permit mengajar, maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dipandunya dirempuh ketika membelok ke kanan sejurus lampu isyarat bertukar hijau.

Related Posts

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Warga Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan diseru agar terus bekerja keras dan berkhidmat kepada masyarakat dalam usaha memperkukuh pembangunan sektor agromakanan negeri.‎‎Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi