Sindiket ‘phone scam’ tumpas, tiga suspek ditahan

SARATOK – Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan dalam talian melalui Op Kesan 01/2025, dengan penangkapan tiga individu yang disyaki terlibat dalam jenayah ‘phone scam’ di beberapa negeri.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Maggie berkata, operasi yang dijalankan pada Isnin, diketuai oleh Inspektor Sopian Zainuddin dan berjaya menahan seorang lelaki serta dua wanita tempatan yang dipercayai berperanan sebagai ‘mule’ akaun bagi sindiket tersebut.

“Hasil risikan dan tindakan pantas pasukan BSJK berjaya menahan tiga suspek dalam tempoh singkat. Mereka dipercayai terlibat dalam tiga kes berasingan melibatkan kerugian keseluruhan hampir RM45,000,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun yang disyaki pemilik akaun digunakan dalam kes penipuan phone scam di Pulau Pinang sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM3,500.

Tangkapan kedua pula membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun yang disyaki menyamar sebagai pegawai polis dalam kes penipuan di Keningau, Sabah.

“Mangsa dalam kes ini mengalami kerugian sebanyak RM14,400 setelah diperdaya suspek,” jelasnya.

Sementara itu, tangkapan ketiga membabitkan seorang wanita berusia 33 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan pinjaman tidak wujud, melibatkan seorang mangsa dari Sabah yang mengalami kerugian RM27,460.

“Ketiga-tiga suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan,” tambah beliau.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah