Akta 852 mampu kurangkan 15 peratus perokok menjelang Disember 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasar untuk mengurangkan prevalen penggunaan tembakau konvensional kepada 15 peratus dan ke bawah menjelang Disember tahun depan susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penguatkuasaan Akta 852 yang lebih menyeluruh berupaya membantu mencapai sasaran itu, berbanding 19 peratus yang direkodkan pada Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) Malaysia 2023.

“Walaupun prevalen penggunaan tembakau berkurangan daripada 21.3 peratus kepada 19 peratus, terdapat peralihan daripada merokok konvensional kepada penggunaan vape.

“Sekarang, kita tinggal empat peratus untuk mencapai sasaran terbabit.

“Saya berharap kita dapat mencapai menjelang Disember 2025 untuk (mendapat angka) 15 peratus atau kurang,” katanya pada sesi taklimat media berkaitan Akta 852, hari ini.

Ditanya berhubung rokok elektronik termasuk vape pula, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya akan menentukan sasaran prevalen produk berkenaan supaya KKM dapat menangani isu terbabit dengan lebih berkesan.

“Buat masa ini, prevalen membabitkan vape ialah pada 5.8 peratus, justeru kita hanya dapat menentukan sasarannya apabila perhatikan pelaksanaan (Akta 852) supaya dapat mencapai sasaran lebih realistik,” katanya.

Pada Mei lalu, Dr Dzulkefly dilaporkan berkata, terdapat peningkatan ketara sebanyak 600 peratus terhadap penggunaan rokok elektronik di negara ini apabila 5.8 peratus pengguna dikenal pasti pada 2023 berbanding 0.8 peratus pada 2011.

Data itu didedahkan dalam GATS 2023, iaitu tinjauan isi rumah peringkat kebangsaan yang turut dijalankan di lebih 30 negara berpendapatan rendah dan sederhana yang dibebani penggunaan tinggi tembakau.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta