Akhirnya SUA Menteri Besar Kedah mohon maaf kepada pemilik KDA FC

ALOR SETAR – Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim akhirnya mengemukakan permohonan maaf kepada pemilik Kedah Darul Aman (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman bagi menyelesaikan secara baik kes saman fitnah difailkan Mohd Daud terhadap Muhamad berhubung kenyataan dibuatnya di media sosial pada tahun lalu.

Peguam, Ashraf Sohaimi yang mewakili Mohd Daud selaku plaintif berkata, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman berkenaan secara baik.

“Kedua-dua pihak iaitu defendan dan plaintif bersetuju dengan terma diberikan, jadi hari ini kes selesai tanpa perlu melalui perbicaraan,” katanya ditemui di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini, hari ini.

Penyelesaian kes itu direkodkan dalam kamar dan turut disaksikan peguam, Abdul Hadi Ahmad yang mewakili Muhamad selaku defendan.

Pada 20 Januari lalu, media melaporkan kes saman fitnah difailkan Mohd Daud terhadap Muhamad diteruskan selepas mereka gagal mencapai penyelesaian secara baik dalam proses mediasi.

Dalam saman dikemukakan Oktober tahun lalu, Mohd Daud mendakwa Muhamad membuat kenyataan di laman Facebook yang mengandungi fakta tidak tepat berkaitan pemilikan kelab bola sepak KDA FC pada 29 Jun 2025.

Mohd Daud menamakan Muhamad selaku defendan tunggal dan menuntut pampasan, ganti rugi am, teruk serta teladan terhadapnya.

Sementara itu, Muhamad pada prosiding permohonan maaf itu berkata, beliau menarik balik semua kenyataan itu dan memohon mohon maaf tanpa syarat atas segala kesan ketidakselesaaan serta kerosakan ke atas nama baik dan reputasi Mohd Daud akibat kenyataan berkenaan.

Beliau turut memberi akujanji tidak mengulangi kenyataan bersifat sama terhadap Mohd Daud pada masa akan datang sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar