142 taska berdaftar di Sarawak – Nancy Shukri

KUCHING – Sebanyak 142 taska berjaya berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Kuching mencatatkan jumlah taska tertinggi iaitu 65 taska.

“Diikuti Samarahan ada 22 taska dan Miri ada 13 taska yang berdaftar,” jelas beliau.

Tambah beliau, terdapat 95 taska lain masih dalam proses permohonan untuk pendaftaran tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pihak media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Plak Taska Berdaftar di Sarawak pada Isnin.

Sementara itu, Nancy berkata, inisiatif KPWKM merupakan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan sistem pengasuhan dan penjagaan awal kanak-kanak berada tahap terbaik, selamat dan berkualiti,

“Inisiatif Plak Taska Berdaftar memastikan masyarakat masyarakat dapat mengetahui berdaftar atau tidak dengan pantas dan tuntas,” ujar beliau lagi.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat selanjutnya berkenaan taska yang berdaftar, sila layari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat di www.jkm.gov.my

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM