Ahmad Zahid mula lawatan rasmi ke UAE

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai 13 hingga 19 November ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan diiringi pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan, serta wakil daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Lawatan rasmi ini adalah lawatan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara pada tahun 2024, selepas lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Oktober tahun lalu.

Ia menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada September 2022.

Semasa lawatan ini, Ahmad Zahid dijadual terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi, tertumpu kepada pengukuhan kerjasama dua hala, dengan penekanan khusus kepada sektor utama seperti industri halal, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), dan kecerdasan buatan (AI).

Delegasi Malaysia juga akan mengunjungi Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence dan berinteraksi dengan wakil-wakil daripada G42, sebuah syarikat AI terkemuka di UAE.

Timbalan Perdana Menteri juga akan merasmikan MIHAS Dubai 2024 dan bertemu dengan pemegang taruh berkepentingan dalam sektor halal UAE sebagai usaha untuk mempromosi dan menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.

Pada tahun lalu, UAE adalah pengimport terbesar produk halal Malaysia dalam kalangan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

UAE adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.

Dari Januari hingga September lalu, jumlah dagangan antara Malaysia dan UAE meningkat sebanyak 16.03 peratus kepada RM32.85 bilion (AS$7.5 bilion) berbanding RM28.31 bilion (AS$6.5 bilion) bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James