Tindakan PMX betul, pemberi maklumat jangan baling batu sembunyi tangan

INDIVIDU yang memberikan maklumat jenayah terutamanya berkaitan salah laku rasuah yang tidak melalui saluran berdasarkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 adalah tidak layak diberikan perlindungan kerana tidak memenuhi syarat sebagai ‘whistleblower’.

Ketua Penerangan Rasuah Buster Selangor dan Wilayah Persekutuan, Dr Helmi Ibrahim berkata, kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini adalah langkah tepat dan betul.

“Akta ini menerangkan dengan jelas bahawa pemberi maklumat harus memberikan maklumat dengan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ini bermakna apa juga maklumat yang diberikan di luar kerangka Akta ini maka ianya adalah ‘null and void’ dari segi perundangan. Ini termasuklah surat kepada Perdana Menteri meskipun ia dibuat oleh kalangan yang berjawatan penting dalam kerajaan termasuklah wakil rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Helmi berkata, apa saja maklumat yang disalurkan tanpa melalui saluran dalam kerangka perundangan adalah bersifat ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Keabsahannya dari segi perundangan tidak laku malah ia boleh dianggap sebagai suatu fitnah.

“Perdana Menteri telah menampilkan satu teladan yang baik dengan tidak melayan surat sedemikian meskipun ia boleh menjejaskan kepentingan politik Kerajaan Madani di Sabah.

“Pendirian ‘no nonsense’ yang ditampilkan oleh Perdana Menteri selari dengan falsafah Kerajaan Madani yang menolak rasuah dan salah guna kuasa yang menjadi resipi utama dalam mengundang selera rakyat mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Rasuah Busters memberikan tabik hormat kepada Perdana Menteri yang menampilkan kepimpinan yang penuh berintegriti dalam perangi rasuah tanpa mengira kawan ataupun lawan,” katanya.

Minggu ini, beberapa klip video dan audio terkait salah laku amalan rasuah yang dipercayai melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah tular di media sosial.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan berunding dengan mana-mana pemberi maklumat kes rasuah mahu mendapatkan perlindungan, sebaliknya menyerahkan kepada SPRM.

Pada masa sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihaknya tidak boleh memberikan jaminan imuniti bertulis tanpa maklumat terperinci berkaitan perlakuan salah tersebut.

Katanya, saksi digesa membuat aduan rasmi, sekali gus membolehkan mereka dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James