Ahli Parlimen gagal hadir, berisiko hilang elaun

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat dalam beberapa tempoh dikhuatiri akan kehilangan elaun sebaik sahaja Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) berkuat kuasa.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Rang Undang-Undang PSA dijangka akan dibentang pada penghujung Mesyuarat Ketiga, sidang Dewan Rakyat akan datang.

Katanya, undang-undang tersebut mengambil kira ketidakhadiran selama enam bulan dan berisiko kehilangan kerusi.

“Kehadiran ada dalam undang-undang, sesiapa yang tidak hadir selama enam bulan boleh hilang kerusi dan setakat ini tiada rekod Ahli Parlimen ‘hilang’.

“Namun begitu, saya memberi amaran Ahli Parlimen dipilih rakyat mesti hadir ke Dewan Rakyat, malah saya ada cadangan jika tidak datang dalam tempoh tertentu akan hilang elaun.

“Cuma kita sedang tunggu RUU PSA diluluskan pada peringkat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Johari mengakui tidak semua Ahli Parlimen mempunyai masa untuk sentiasa berada di Parlimen.

Katanya, ada antara mereka adalah anggota Kabinet selain mempunyai tugas-tugas rasmi lain.

“Tapi dia (Ahli Parlimen) bukan hari-hari tak boleh datang, anda kena tahu jadual, bila ada persidangan dan padankan dengan mesyuarat yang perlu dihadiri.

“Menghadiri sidang Parlimen adalah kemestian kecuali berlaku hal-hal yang tidak dapat dielakkan,” tegasnya.

Pada Mac lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Pindaan Perlembagaan bagi mengembalikan semula PSA sudah 90 peratus siap dan menunggu masa untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Katanya, PSA antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.

Related Posts

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

KOTA KINABALU – Dua unit ‘pendrive’ berjenama SanDisk berwarna silver dan Kingston berwarna hitam serta seunit cakera padat (DVD) digunakan untuk menyimpan bahan bukti dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun