Agong terima sembah taklimat pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima sembah taklimat mengenai pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang bertujuan meningkatkan keselamatan penggunaan internet, khususnya bagi melindungi keluarga dan kanak-kanak di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas sesi menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit Tunku, di sini.

“Pelaksanaan ONSA bertujuan menjadikan internet lebih selamat untuk keluarga dan kanak-kanak, melalui penetapan tanggungjawab yang jelas kepada platform dalam talian.

“Selain itu, ia berperanan sebagai pelaksanaan mekanisme pengesahan umur untuk hadkan kanak-kanak di bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial bagi melindungi keselamatan kanak-kanak dan juga keluarga,” menurut hantaran itu.

Dalam hantaran sama, Fahmi memaklumkan akta berkenaan turut bertujuan menangani isu akaun palsu yang menyasarkan Raja-Raja Melayu serta Kerabat Diraja.

Hantaran berkenaan turut dikongsikan Fahmi menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

Penguatkuasaan ONSA yang bermula 1 Januari lalu menggariskan kerangka perundangan bagi memperkukuh keselamatan dalam talian serta meningkatkan perlindungan kepada pengguna, terutama kanak-kanak dan keluarga.

Akta itu menetapkan tanggungjawab dan kewajipan kepada pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talian, termasuk pelaksanaan langkah keselamatan mengikut tahap risiko, perlindungan khusus untuk kanak-kanak serta penyediaan mekanisme pelaporan dan bantuan kepada pengguna.

Selain itu, ONSA turut terpakai kepada pemberi perkhidmatan yang memegang Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP), Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) atau Pemberi Perkhidmatan Rangkaian (NSP) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen