Agong hargai usaha kerajaan dan penjawat awam tangani cabaran negara

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan para penjawat awam atas usaha gigih mereka dalam mengurus tadbir ekonomi serta pembangunan negara.

Baginda bertitah bahawa kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini merupakan bukti keupayaan serta kewibawaan kepimpinan negara dalam memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa.

“Walaupun terdapat pihak yang memandang rendah keupayaan Malaysia, segala cabaran dan rintangan berjaya diatasi melalui usaha gigih serta semangat kerjasama yang ditunjukkan, khususnya oleh penjawat awam,” titah baginda dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Turut berangkat, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil serta barisan Jemaah Menteri yang lain.

Dalam titah baginda, Sultan Ibrahim turut mengingatkan para penjawat awam agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan mengamalkan prinsip kedua dalam Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Kesetiaan bukan bererti menyembah, sebaliknya bermaksud jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan, dan tidak mengkhianati negara serta kepercayaan rakyat,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan bahawa penjawat awam perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik, bersikap berkecuali, serta mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.

“Pegawai kerajaan hendaklah memastikan setiap keputusan yang dibuat berpandukan kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan, bukan mengikut arahan orang politik.

“Setiap perbelanjaan kerajaan pula mesti dikawal dengan teliti dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh menteri atau Ahli Parlimen untuk meraih sokongan politik sehingga membebankan kewangan negara,” titah baginda lagi.

Sultan Ibrahim turut menyeru agar semua agensi penguat kuasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti supaya rakyat terus menaruh kepercayaan dan menghormati institusi beruniform di negara ini.

Related Posts

UEC bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 – Mahdzir Khalid

ALOR SETAR – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dilihat jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta tidak selari dengan Dasar Pendidikan Nasional (DPN). Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Pahang kecewa tindakan DAPSY desak iktiraf UEC

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang mengecam tindakan DAPSY mendesak kerajaan mengiktiraf UEC menerusi cara keras seperti ‘kumpulan samseng’ serta tidak menghormati dasar negara. Ketuanya, Kamil Ibrahim berkata, DAPSY seperti ‘gelabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM