Agong berkenan hadir pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 di Istana Negara, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Tunku Idris Iskandar selaku wakil rasmi kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja itu akan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Selain itu, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Terdahulu, media melaporkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang bersidang 15 hingga 17 Julai ini dijangka’ lebih hangat’ susulan kemelut melibatkan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Related Posts

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, pada Selasa ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan terus menjadi perhatian. Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan ‘tebuk atap’ atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab. Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan