Isu pelantikan hakim: Tiada krisis perlembagaan, dakwaan pembangkang bersifat persepsi

DAKWAAN kononnya negara sedang berhadapan dengan krisis perlembagaan susulan isu pelantikan hakim adalah tidak berasas dan lebih bersifat persepsi politik, demikian menurut geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan.

Menurut beliau, situasi semasa ini tidak membawa kepada sebarang krisis yang mampu menggugat kestabilan negara, apatah lagi menjatuhkan kerajaan sedia ada yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa tidak ada krisis. Jika dibandingkan dengan keadaan pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022, itu barulah boleh dikatakan sebagai krisis sekiranya kerajaan gagal dibentuk pada ketika itu,” katanya kepada The Malaysia Press pada Selasa.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang yang menggunakan isu pelantikan hakim dan kononnya campur tangan eksekutif sebagai alasan untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Namun begitu, tegas beliau, tiada sebarang bukti konkrit yang menunjukkan Perdana Menteri mencampuri urusan pelantikan kehakiman negara.

“Walaupun kita menerima dakwaan mengenai kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), tidak ada sebarang isyarat khusus dalam dokumen tersebut yang mengaitkan Perdana Menteri secara langsung,” katanya lagi.

Dalam konteks ini, sekumpulan individu dipercayai peguam dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul berdekatan dengan Istana Kehakiman pada Isnin, turut dilihat memperjuangkan keadilan tanpa menyasarkan tuduhan kepada mana-mana pihak, walaupun salah seorang pemimpin yang terlibat ialah Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Bagi Azmi, ini menggambarkan bahawa perjuangan keadilan tidak semestinya bermaksud wujud campur tangan politik dalam sistem kehakiman.

Mengulas mengenai peranan JAC, beliau menegaskan bahawa perlembagaan negara memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya tersebut.

“Cadangan JAC tidak semestinya diterima 100 peratus oleh Perdana Menteri. Kuasa perlembagaan membenarkan beliau mengemukakan cadangan sendiri. JAC tidak boleh mengatasi kehendak perlembagaan,” jelas beliau.

Tambahnya, desakan terhadap Perdana Menteri dan dakwaan campur tangan eksekutif dalam pelantikan hakim sebenarnya tidak memberikan impak besar kepada kestabilan nasional, bahkan tidak menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat.

Ketika ditanya mengenai perancangan Pas yang menyasarkan penyertaan lebih 50,000 orang dalam Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai, Azmi turut memberi amaran bahawa sebarang bentuk protes atau perarakan yang dirancang ini berpotensi disalah tafsir sebagai cubaan menggugat kuasa Majlis Raja-Raja serta Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai peranan penting dalam sistem pelantikan hakim di negara ini.

“Isu ini perlu ditangani secara berhati-hati. Sekiranya perhimpunan itu tetap diteruskan, ia berisiko ditafsir sebagai mencabar peranan Raja-Raja dalam institusi kehakiman negara,” ujar beliau.

Beliau juga turut menyuarakan keraguan terhadap keberkesanan perarakan tersebut, khususnya kemampuan penganjur untuk menarik kehadiran sehingga 50,000 peserta seperti yang disasarkan.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM