Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

KERIAN – Pulau Kalumpang di Kuala Gula, Bagan Serai, dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu negeri Perak susulan keunikan sejarah, biodiversiti dan kedudukannya yang strategik.

Potensi pulau berkenaan menjadi perhatian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi satu lawatan tapak strategik yang diadakan pada Khamis melibatkan kepimpinan kementerian, pemimpin daerah serta penduduk tempatan.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shahruddin Abu Sohot berkata, lawatan itu bertujuan meninjau sendiri potensi pembangunan prasarana pelancongan di kawasan bersejarah tersebut, selain menyantuni komuniti setempat.

Menurut beliau, usaha berkenaan selari dengan komitmen kementerian dalam memperkasa produk pelancongan berasaskan warisan dan ekopelancongan sebagai persediaan menghadapi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Pulau Kalumpang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana bukan sahaja terletak di lokasi strategik, kira-kira 45 minit perjalanan bot dari Jeti Kuala Gula, malah menyimpan nilai sejarah dan khazanah alam yang unik.

“Pulau ini dikenali sebagai tapak arkeologi sejak tahun 1988 yang menjadi bukti penempatan manusia purba di kawasan bakau,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pertemuan air masin dari Selat Melaka dan air tawar Sungai Selinsing turut mewujudkan ekosistem luar biasa yang menjadikan pulau itu kaya dengan biodiversiti.

Tambah beliau, kewujudan pokok kalumpang yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun juga menjadi antara daya tarikan utama yang mampu diketengahkan sebagai elemen pelancongan alam semula jadi dan warisan tempatan.

“Keunikan ini membuka ruang kepada pembangunan pelancongan yang lebih tersusun, mampan dan berimpak tinggi kepada komuniti setempat.

“Lawatan ini juga diharap dapat memberi nilai tambah kepada usaha mempromosikan Pulau Kalumpang sebagai destinasi ekopelancongan berpotensi yang mampu menarik lebih ramai pengunjung pada masa depan,” katanya.

Foto: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Related Posts

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

MARUDI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan Jalan Industri Sungai Ridan di sini, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dengan penemuan sebahagian anggota badan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua

BATU PAHAT – Seorang pemandu van warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan berusia 8 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua

Pemandu van didakwa pandu melulu sebabkan kematian murid Tahun Dua