Agenda reformasi tidak boleh dilaksana serentak dalam tempoh 6 bulan – Mahfuz

PENDANG – Agenda reformasi kerajaan tidak boleh dilaksanakan secara serentak kerana setiap perubahan memerlukan masa, penelitian serta pelaksanaan berperingkat, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, kerajaan sebenarnya sedang menjalankan pelbagai inisiatif pembaharuan, namun masyarakat perlu memahami bahawa tidak semua reformasi boleh dibuat serta-merta.

“Reformasi sedang berjalan. Kita tidak boleh buat semua sekali gus. Mana ada, orang ada rumah lima bilik boleh tidur serentak di semua bilik.

“Begitu juga dengan reformasi. Ada yang disusun untuk tahun ini, ada yang akan digerakkan tahun depan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bahawa parti itu akan menilai semula peranannya dalam kerajaan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang.

Mahfuz yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebelum itu ditemui pada sidang media selepas Pelancaran Sulung Benih Padi Sah MR297 dan MR315 di sini.

Jelas beliau, reformasi bukan hanya melibatkan struktur politik atau institusi, sebaliknya turut menyentuh sektor perkhidmatan awam yang kini sedang mengalami penambahbaikan khususnya berkaitan birokrasi.

Beliau memberikan contoh reformasi birokrasi dalam urusan bantuan bencana telah pun berjaya dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kalau dahulu bantuan bencana mengambil masa sehingga empat bulan melalui lima lapisan proses, kini hanya dua bulan dengan tiga lapisan sahaja. Itu pun sudah reformasi,” katanya.

Mengulas kenyataan DAP itu lagi, beliau melihat ia bukan satu ugutan tapi kejutan selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, Mahfuz berkata, pelancaran benih padi sah akan membantu meningkatkan kualiti hasil pesawah melalui penggunaan benih berdaftar serta pengukuhan ekosistem pengeluaran padi.

“Benih padi yang dihasilkan oleh ladang benih sah kini boleh dipasarkan terus kepada pesawah selepas melalui proses pengesahan oleh kementerian.

“Ini memudahkan petani mendapatkan bekalan berkualiti.

“Bagaimanapun benih yang berkualiti juga perlu penjagaan yang rapi bagi mengeluarkan hasil padi yang terbaik,” ujarnya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA