ADUN Klaka gesa tingkatkan peruntukan projek RTP, mutu capaian internet di kawasan pedalaman

KUCHING – Peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta setahun dianggap tidak relevan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klaka, Mohamad Duri berkata, peruntukan RTP perlu dipertingkatkan untuk mempercepat proses pembangunan.

“Peningkatan peruntukan RTP sangat penting kerana ia sangat penting untuk mengubah landskap luar bandar,” ujar beliau.

Oleh itu, beliau menambah sangat penting peruntukan RTP dipertingkatkan.

“Kita sangat memerlukan pertambahan peruntukan RTP yang lebih banyak,” kata beliau ketika  ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (2025) di Dewan Undangan Negeri pada Khamis.

Sementara itu, Mohamad turut menggesa kerajaan Sarawak mempertingkatkan mutu perkhidmatan liputan liputan rangkaian jalur lebar di kawasan pedalaman.

“Sesetengah rumah panjang dan kawasan kampung tidak mempunyai liputan internet yang begitu memuaskan,” ujar beliau.

Beliau yakin kerajaan Sarawak terus komited melengkapkan kawasan di luar bandar dengan capaian internet yang bukan sahaja memberikan manfaat yang positif kepada penduduk tetapi juga menjadi pelengkap kepada pembangunan infrastruktur.

“Kita juga berterima kasih kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak kerana bekerja keras membina banyak menara dalam memberi kemudahan liputan internet,” kata beliau lagi.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri