
DATUK Abu Bakar Jais diberi mandat untuk menjalankan kuasa serta tugas Hakim Besar Malaya susulan kekosongan jawatan berikutan persaraan penyandangnya, berkuat kuasa Sabtu lalu.
Presiden Mahkamah Rayuan itu menjalankan tugas berkenaan sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.
Menurut surat bertarikh 14 November yang ditandatangani Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, pelantikan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 9(3)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Abu Bakar, 63, sebelum ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 28 Julai lalu. Beliau menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara pada 3 Julai lalu.
Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim pula memulakan kerjayanya sebagai pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara pada tahun 1983.



