AADK tingkat usaha pencegahan, perkukuh jalinan komuniti di Sungai Asap

BELAGA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak melalui Operasi Cegah Khas yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Kapit, pihak berkuasa menahan 28 individu, termasuk 22 lelaki, tiga wanita dan tiga warga Indonesia.

Operasi pada 18 hingga 19 November 2025 itu turut menyaksikan pemusnahan dua lokasi dipercayai pusat pengedaran dadah, dilaksanakan dengan kerjasama ketua masyarakat setempat.

Dalam masa sama, Cawangan Rawatan dan Pemulihan AADK Sarawak melaksanakan program libat urus komuniti di kawasan Sungai Asap dengan lawatan Home Visit ke empat buah rumah panjang bagi memantau perkembangan klien program pemulihan serta mengukuhkan sokongan keluarga terhadap proses pemulihan mereka.

Program Libat Urus Komuniti diadakan di Dewan Rumah Panjang Kulit dan berjaya menarik penyertaan lebih 200 penduduk.

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Belaga, Bidah Lujah, dengan kehadiran Pengarah AADK Sarawak, Abdul Hamediee Ibrahim.

Program berkenaan turut diisi dengan sesi dialog bersama masyarakat, perkongsian maklumat pencegahan dadah serta persembahan kebudayaan.

AADK Negeri Sarawak menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan komuniti melalui pendekatan inklusif serta kerjasama erat dengan agensi kerajaan dan kepimpinan setempat.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan