Laksana subsidi diesel bersasar kepada pengangkutan pelancongan terkesan konflik Asia Barat – MATTA

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan memperkenalkan subsidi diesel bersasar dan mekanisme surcaj kepada sektor pengangkutan pelancongan negara semasa tempoh krisis akibat konflik Asia Barat.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong berkata, kenaikan berterusan harga diesel sedang meletakkan beban yang tidak mampan ke atas pengusaha pengangkutan pelancongan, yang kebanyakannya beroperasi dengan margin yang sangat kecil.

Menurutnya, pemain industri sangat bergantung tinggi terhadap bahan api
yang kebanyakannya beroperasi dengan pulangan pelaburan (ROI) yang minimum dan hanya mampu mengekalkan operasi harian serta memenuhi obligasi kontrak sedia ada.

“MATTA menyatakan kebimbangan berhubung kenaikan berterusan harga diesel dan kesannya yang semakin ketara terhadap pengusaha pengangkutan pelancongan di seluruh Malaysia. Kenaikan berterusan harga diesel kini mengancam daya maju perniagaan pengusaha serta keseluruhan ekosistem pelancongan.

“Tinjauan terkini MATTA mendapati sebanyak 68.5 peratus pengusaha van pelancongan menggunakan lebih daripada 1,500 liter diesel setiap bulan bagi setiap kenderaan manakala 54.8 peratus pengusaha bas pelancongan menggunakan lebih daripada 3,500 liter setiap bulan bagi setiap bas,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Wong berkata,
adalah penting untuk mengadaptasi langkah-langkah praktikal dan seimbang yang memastikan kesinambungan perniagaan tanpa menjejaskan kepercayaan pengguna.

“Mekanisme surcaj bahan api yang sementara dan telus, digabungkan dengan sokongan kerajaan yang bersasar, akan membantu industri mengharungi tempoh mencabar ini sambil mengekalkan standard perkhidmatan di seluruh sektor pelancongan Malaysia,” katanya.

Bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan sambil memastikan kesinambungan perniagaan, beliau mencadangkan pelaksanaan mekanisme surcaj bahan api sementara, seperti diamalkan dalam sektor penerbangan yang menekankan kepentingan ketelusan serta pematuhan kepada amalan terbaik industri dalam menangani cabaran ini.

Jelas beliau, surcaj tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa bercanggah dengan mana-mana undang-undang atau peraturan berkaitan, dengan setiap syarikat menentukan kadar surcaj yang bersesuaian berdasarkan penggunaan bahan api sebenar dan profil operasi masing-masing.

“Tindakan itu bagi memastikan surcaj yang dikenakan adalah adil, seimbang dan mencerminkan secara langsung kos tambahan yang ditanggung.

“Mekanisme tersebut juga perlu dimaklumkan dengan jelas kepada pengguna, dilaksanakan secara telus serta bersifat sementara dan ditamatkan apabila harga diesel kembali stabil.

“Pada masa sama, ia juga harus direka khusus untuk menampung kos tambahan bahan api yang ditanggung oleh pengusaha, bukannya untuk menjana keuntungan berlebihan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pengangkutan Darat MATTA, K  Subramaniam mencadangkan peruntukan 3,500 liter sebulan bagi setiap kenderaan yang dikendalikan oleh pengusaha kenderaan pelancongan yang didaftarkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Beliau berpandangan, langkah itu akan memberikan kelegaan segera dan bermakna selain, membantu pengusaha menguruskan peningkatan kos bahan api sambil terus menyediakan perkhidmatan penting kepada industri pelancongan.

“Pengusaha pengangkutan pelancongan tidak berada dalam kedudukan untuk menyerap kenaikan kos bahan api secara berterusan.

“Mekanisme surcaj bahan api sementara dan telus adalah penyelesaian paling praktikal bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan sambil mengekalkan kepercayaan pelanggan.

“Pada masa sama, subsidi bersasar seperti cadangan peruntukan bulanan 3,500 liter akan memberikan kelegaan segera kepada pengusaha yang bergelut untuk mengekalkan operasi dalam keadaan pasaran semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, MATTA kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan daya tahan, kestabilan dan kelestarian jangka panjang industri pelancongan Malaysia.

“Ini bukan tentang meningkatkan keuntungan, tetapi tentang kelangsungan dan mengekalkan integriti rantaian bekalan pelancongan Malaysia,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung