Suspek curi motosikal ditahan, motosikal dirampas semula

MIRI – Tindakan pantas pihak polis membuahkan hasil apabila berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Balai Pusat Miri, Asisten Superintendan Goldy Jangan berkata, tangkapan itu dibuat susulan satu laporan yang diterima berhubung kehilangan sebuah motosikal di kawasan komersial Mosjaya, kira-kira jam 6 pagi pada 30 Mac lalu.

“Sejurus menerima laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan dan risikan terperinci bagi mengesan suspek yang terlibat.

“Hasilnya, polis berjaya menjejaki dan menahan seorang lelaki di Jalan Gardenia kira-kira jam 4.30 petang pada 1 April lepas,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Goldy berkata, operasi tangkapan tersebut telah dijayakan oleh sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Balai Polis Pusat Miri.

Menurutnya, menerusi penahanan itu, pihak berkuasa turut berjaya menemui dan merampas semula sebuah motosikal jenis Honda Wave yang dipercayai dicuri oleh suspek.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang awam agar terus menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang.

“Kerjasama erat daripada masyarakat amat penting dalam membantu usaha kita membanteras jenayah di kawasan ini,” tegasnya.

Foto: Facebook Polis Daerah Miri

Related Posts

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

LIMBANG – Kawasan Rangau Valley dijangka muncul sebagai hab pembangunan baharu di Limbang menerusi pelaksanaan pelbagai projek strategik yang merangkumi pembangunan perumahan moden, pusat pentadbiran, sektor komersial serta pelancongan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0