89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 112 114 111 103 114 97 109 32 73 108 109 117 119 97 110 32 77 65 68 65 78 73 32 115 105 114 105 32 57 32 100 105 32 83 97 115 97 110 97 32 75 105 106 97 110 103 44 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 46 32 51 49 32 77 97 99 32 50 48 50 54 46 32 73 90 90 85 68 68 73 78 32 65 66 68 32 82 65 68 90 65 75 47 80 101 106 9
KUALA LUMPUR – Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia antara empat hingga lima peratus tahun ini, dengan inflasi keseluruhan dijangka berada pada kadar sederhana antara 1.5 hingga 2.5 peratus, menunjukkan dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan berada pada landasan yang betul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun konflik yang berlaku di Asia Barat memberi tekanan kepada harga komoditi serta rantaian bekalan global, Malaysia kekal bersedia menghadapi cabaran berkenaan melalui langkah kesiapsiagaan yang kukuh.
“Insya-Allah dengan sistem kewangan yang mempunyai berdaya tahan, kita akan terus mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan melindungi rakyat,” katanya menerusi hantaran di platform X.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2025 yang diterbitkan hari ini turut menunjukkan asas ekonomi negara terus berada pada tahap kukuh dan berdaya tahan, selain disokong tatakelola yang baik.
“Ekonomi negara sudah berjaya mencatat pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus pada tahun lalu, didokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan. Kadar inflasi pada 1.4 peratus adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini,” katanya.
Sementara itu, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan Malaysia memasuki tahun 2026 dengan asas ekonomi yang stabil, sekali gus meletakkan negara pada kedudukan yang baik untuk berdepan ketidaktentuan ekonomi global.
Beliau berkata, kekuatan itu didorong oleh kepelbagaian sumber pertumbuhan ekonomi, kedudukan kewangan isi rumah dan syarikat yang sihat, sektor kewangan yang mantap serta ruang dasar makroekonomi yang mencukupi.
Dalam perkembangan berkaitan, ketegangan di Asia Barat terus meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lalu.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara lain termasuk Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Serangan tersebut dilaporkan mengakibatkan kerosakan infrastruktur serta menjejaskan pasaran tenaga global, dengan kesannya kini mula dirasai masyarakat antarabangsa.


