Kerajaan sasar hadkan akaun media sosial kanak-kanak bawah 16 tahun pada Jun

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha mengehadkan pembukaan akaun media sosial baharu bagi kanak-kanak bawah 16 tahun, dengan pelaksanaan dijangka seawal pertengahan tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau menjelaskan kerajaan memberi tempoh secukupnya kepada platform media sosial bagi melaksanakan pembersihan akaun, termasuk memastikan kanak-kanak bawah usia berkenaan tidak lagi mendaftar akaun baharu atau mengekalkan akaun sedia ada.

“Kita jangka (pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial) mungkin hujung Jun, jika tidak lebih awal daripada itu. (Pelaksanaannya) tidak mustahil sekiranya semua berjalan dengan baik dan lancar, kita mungkin mulakan lebih awal,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) Digital Broadcasting Symposium 2026 (DBS 2026) di sini, hari ini.

Sebelum ini, MCMC memaklumkan pihaknya sedang meneliti pelbagai kaedah pengesahan umur sebelum pelaksanaan had usia 16 tahun dikuatkuasakan pada separuh kedua tahun ini.

Sesi libat urus juga telah diadakan bersama penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah yang bersesuaian.

Selain itu, Fahmi berkata, perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan mampu menggantikan sepenuhnya peranan wartawan atau pembaca berita.

“Banyak daripada teknologi yang ditonjolkan memberi bayangan apa yang boleh dilakukan. Namun dari segi dasar dan analisa, AI tidak mampu menggantikan wartawan ataupun pembaca berita sepenuhnya.

“Tetapi kita jangkakan wartawan dan pembaca berita akan digantikan oleh mereka yang fasih menggunakan AI,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta bagi membantu syarikat media dan organisasi berkaitan memanfaatkan teknologi AI dalam operasi masing-masing.

Beliau berkata, dana berkenaan diharap dapat memperkukuh penggunaan teknologi tanpa menjejaskan pekerjaan, selain membuka ruang kepada model pendapatan baharu dalam industri media.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan