Victor Chin dikaitkan skandal ‘mafia korporat’ sejak sebelum 2018

KUALA LUMPUR – Tokoh perniagaan, Victor Chin, yang dikaitkan dengan skandal ‘mafia korporat’, dilaporkan sudah aktif sejak sebelum 2018, termasuk semasa beberapa pentadbiran Kerajaan Pusat terdahulu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diketahui hasil siasatan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Beliau menyatakan rasa hairan kerana tiada tindakan diambil kerajaan terdahulu terhadap Victor.

“Saya nak sebut Victor Chin tidak melakukan perkara ini sekarang, tetapi sudah lama, sejak beberapa pentadbiran (Kerajaan Pusat) yang lalu.

“Saya tidak ada maklumat tepat tetapi memang (Victor Chin wujud) sejak sebelum 2018 untuk mengumpulkan jumlah (aset) RM475 juta bukan mengambil masa singkat.

“Apa pun saya tak pasti kenapa kerajaan sebelum ini tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap individu ini dan mereka bersekongkol dengan dia.

“Namun, Kerajaan MADANI sudah mengambil tindakan. Nasihat saya kepada Victor Chin sila tampil, jika tiada apa-apa aduan, tuduhan… Buatlah laporan kepada agensi penguatkuasaan supaya siasatan dapat dilakukan,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Penyiaran Digital anjuran Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) di sini, hari ini.

Mengenai individu dikenali sebagai ‘Mr R’, yang turut dikaitkan dengan skandal sama, Fahmi menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai maklumat bahawa beliau adalah ahli PKR.

Victor sendiri mengakui bahawa ‘Mr R’ bukan seorang Ahli Parlimen.

“Victor Chin mengaku ‘Mr R’ bukan Ahli Parlimen, jadi saya tak tahu kenapa dia sebut macam itu. Malangnya parti tidak boleh saman. Ada kes duluan yang menunjukkan parti tidak boleh saman.Saya tidak ada maklumat (dakwaan Mr R adalah ahli PKR).

“Tapi kenyataan susulan beliau menunjukkan bahawa dia merujuk kepada orang yang bukan Ahli Parlimen. Dia kata seorang yang terbabit dalam syarikat bukan Ahli Parlimen,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Victor mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR meminta bayaran RM10 juta untuk menyelesaikan isu skandal ‘mafia korporat’, tetapi baki RM500,000 tidak dibayar kerana masalah itu tidak selesai.

Susulan dakwaan tersebut, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, menafikan tuduhan itu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan, menegaskan beliau bukan individu yang dirujuk sebagai ‘Mr R’.

Related Posts

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun