94.29 peratus calon SPM 2025 layak terima sijil

PUTRAJAYA – Seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 layak diberikan sijil, berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata angka terbabit menunjukkan peningkatan seramai 10,502 orang atau bersamaan 0.28 peratus.

“Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025.

“Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, bilangan Calon Berkeperluan Khas (CBPK) yang menduduki peperiksaan SPM 2025 adalah seramai 1,878 orang.

Menurut beliau, berdasarkan jumlah terbabit, seramai 1,516 orang atau 80.72 peratus daripadanya layak dianugerahkan sijil SPM 2025.

“Angka itu menunjukkan peningkatan seramai 139 orang berbanding 1,377 calon pada SPM 2024.

“Kategori calon CBPK membabitkan kurang upaya fizikal (408 calon), kurang upaya pelbagai (58 calon), kurang upaya pendengaran (167 calon) dan kurang upaya penglihatan buta (54 calon),” katanya

Tambahnya, kategori lain ialah kurang upaya penglihatan rabun (194 calon), kurang upaya pertuturan (15 calon) dan masalah pembelajaran (620 calon).

“Secara keseluruhan, analisis keputusan SPM 2025 menunjukkan pencapaian calon yang memberangsangkan.

“Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan usaha berterusan KPM untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal bermutu, inklusif dan memberikan peluang yang adil kepada semua calon di seluruh negara,” katanya.

Related Posts

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat sekali lagi dicemari pertikaman lidah apabila Ahli Parlimen (PN) Pendang, Datuk Awang Hashim dan Ahli Parlimen (PH) Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan saling berbalas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai rekod yang baik dan dihormati masyarakat antarabangsa dalam menguruskan isu pelarian meskipun negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 atau protokol berkaitannya. Pakar Undang-Undang, Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua Ahli Parlimen antara 56 calon PH PRN Johor

Dua Ahli Parlimen antara 56 calon PH PRN Johor

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Kuasai AI bagi tangani jenayah siber tanpa sempadan – Ketua Polis P.Pinang

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Hubungan erat Kerajaan Persekutuan-Johor terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Terjejas projek pelebaran Jalan Utara, rumah SMJ jadi nafas baharu

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri