89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 101 114 105 109 97 32 107 117 110 106 117 110 103 97 110 32 104 111 114 109 97 116 32 77 101 110 116 101 114 105 32 75 101 115 101 108 97 109 97 116 97 110 32 68 97 108 97 109 32 78 101 103 101 114 105 32 67 104 105 110 97 44 32 67 104 101 110 32 89 105 120 105 110 44 32 100 105 32 80 101 114 100 97 110 97 32 80 117 116 114 97 44 32 80 11
KUALA LUMPUR – Hubungan Malaysia dan China terus diperkukuh menerusi kerjasama diplomatik serta keselamatan bagi mendepani cabaran masa hadapan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini, baru-baru ini.
Menurut Anwar, kedua-dua negara turut sepakat untuk memastikan kemakmuran yang dinikmati dari aspek sosial dan ekonomi terus terpelihara demi kepentingan rakyat Malaysia dan China.
“Perbincangan kami juga terarah kepada perihal hubungan bilateral daripada sisi kerjasama keselamatan dua negara, situasi geopolitik semasa dunia.
“Ini menuntut kerjasama erat dua negara sahabat dalam memastikan keselamatan serta kestabilan rantau ini terus utuh,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kehadiran Chen Yixin amat dihargai Kerajaan MADANI, selari dengan peranan Beijing sebagai rakan rapat Kuala Lumpur.
“Semoga kemajuan dicapai bersama oleh kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus menjadi dorongan untuk terus memacu hubungan akrab Malaysia dan China,” katanya.



