Mayat reput, tiga beranak ditemukan dalam rumah

SUNGAI PETANI – Tiga beranak ditemukan mati dalam keadaan tragis di dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok di sini tengah malam tadi.

Mayat pasangan suami isteri berusia 65 tahun dan 53 tahun itu dikatakan ditemui tidak sempurna dan dibungkus di dalam karpet di dapur rumah.

Mayat anak lelaki mereka berusia 29 tahun pula ditemukan di dalam bilik bahagian atas rumah dua tingkat itu dengan kesan kelar di leher.

Berdasarkan keadaan mayat pasangan suami isteri itu yang telah membengkak dan berbau, kedua-dua mangsa dipercayai mati beberapa hari lalu.

Mayat tiga beranak itu ditemui oleh anggota polis dan orang kampung yang melancarkan gerakan mencari selepas kedua-dua mangsa gagal dihubungi sejak Isnin lalu.

Difahamkan mangsa lelaki berusia 65 tahun itu merupakan pekerja kampung manakala isterinya seorang tukang cuci di sebuah sekolah di bandar Sungai Petani.

Pasangan itu baru berkahwin beberapa tahun lalu masing-masing mempunyai seorang anak lelaki.

Pasangan itu tinggal bersama anak kandung kepada mangsa perempuan yang merupakan bekas pelajar sebuah universiti di Pulau Pinang tetapi tidak menamatkan pengajian kerana mengalami masalah kemurungan.

Mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan penemuan tiga mayat itu.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi