‎Kerajaan Persekutuan jamin bekalan bahan api Sabah kekal mencukupi

‎KOTA KINABALU – Bekalan bahan api yang stabil dan mencukupi disifatkan sebagai faktor kritikal dalam menjamin kelangsungan serta kestabilan ekonomi Sabah.

‎Ketua Menteri, Hajiji Noor menegaskan, sebarang gangguan bekalan petrol dan diesel boleh memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat serta menjejaskan sektor utama negeri yang menjadi pemacu ekonomi.

‎“Bekalan bahan api bukan sekadar keperluan asas, tetapi menjadi nadi kepada pergerakan ekonomi negeri, khususnya sektor logistik, perikanan dan pertanian yang sangat bergantung kepada diesel.

‎“Justeru, kesinambungan bekalan ini perlu dipastikan sentiasa stabil melalui kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali di Menara Kinabalu, pada Selasa.

‎Dalam pertemuan tersebut, Armizan memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan terus mengambil langkah proaktif termasuk memperkukuh pemantauan serta penyelarasan bersama agensi berkaitan bagi memastikan bekalan bahan api di Sabah kekal mencukupi dan tidak berlaku kehabisan stok (stock out).

‎Katanya, tumpuan turut diberikan kepada kawasan luar bandar serta sektor kritikal bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan.

Selain itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohd Salim Fateh Din yang memberi taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Sabah serta inisiatif Bandar Pintar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK Smart City).

‎Hadir sama ialah of Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, James Ratib, Ahli MCMC, Zulkifeli Mohd Zin serta pegawai-pegawai kanan suruhanjaya berkenaan.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan