Harga emas capai paras terendah empat bulan susulan konflik Asia Barat

BENGALURU – Harga emas menjunam lebih daripada tiga peratus hari ini, meneruskan kejatuhan ke paras terendah kira-kira empat bulan, apabila konflik di Asia Barat  yang semakin memuncak mencetuskan kebimbangan inflasi serta jangkaan kadar faedah global yang lebih tinggi.

Reuters melaporkan harga emas spot turun 3.3 peratus kepada AS$4,340.09 seauns (RM549 segram), sekali gus mencatat penurunan bagi sembilan sesi berturut-turut.

Logam berharga itu, yang jatuh ke paras terendah sejak 2 Januari lalu, merosot lebih 10 peratus minggu lalu.

Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran April susut lima peratus kepada AS$4,347 (RM17,122).

Menambah kepada konflik yang telah berlarutan selama tiga minggu, Iran semalam berkata, ia akan menyerang sistem tenaga dan air negara-negara jirannya di sebagai tindak balas jika Presiden AS, Donald Trump melaksanakan ancaman yang dibuat sehari sebelumnya untuk menyerang grid elektrik Iran dalam tempoh 48 jam.

Pengawal Revolusi Iran berkata, jika loji janakuasa Iran diserang, Selat Hormuz akan ditutup sepenuhnya dan tidak akan dibuka sehingga loji yang musnah dibina semula.
Harga minyak kekal melebihi AS$110 (RM433.32) setong, apabila pelabur menilai ancaman AS dan Iran untuk menyasarkan kemudahan tenaga yang boleh meningkatkan konflik, berbanding pelepasan jutaan tong minyak Iran di laut ke pasaran global.

Penutupan Selat Hormuz mengekalkan harga minyak mentah tinggi, sekali gus mendorong inflasi melalui peningkatan kos pengangkutan dan pembuatan.

Walaupun inflasi yang meningkat biasanya meningkatkan daya tarikan emas sebagai lindung nilai, kadar faedah yang tinggi mengehadkan permintaan terhadap aset yang tidak memberikan pulangan itu.

Sementara itu, penetapan harga pasaran bagi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS tahun ini meningkat ketara dan kini dilihat lebih berkemungkinan berbanding penurunan kadar, dengan niaga hadapan kadar faedah menunjukkan sekitar 27 peratus kebarangkalian kenaikan kadar menjelang Disember, menurut CME FedWatch.

Perak spot susut 3.3 peratus kepada AS$65.55 (RM258.23) seauns, platinum spot jatuh 4.4 peratus kepada AS$1,838.45 (RM7,282.47) manakala paladium turun 0.4 peratus kepada AS$1,398.50 (RM5,507.11).

Related Posts

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

TURKIYE – Anadolu Agency (AA) pada 14 September 2026 melancarkan Program Latihan Kewartawanan Perang edisi ke-30 bagi memperkukuh kemahiran serta kesiapsiagaan pengamal media dalam membuat liputan di kawasan konflik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

PROKLAMASI berkaitan pelucutan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bercanggah dengan adat dan undang-undang negeri, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1