Dua sahabat dituduh bunuh rakan sendiri berdepan tali gantung

SUNGAI PETANI – Dua lelaki berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka pada 10 Mac lalu.

Tertuduh, S Dashratmen, 18, dan P Velson Paul, 21, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membunuh Kavin Raj, 27, di sebuah rumah di Taman Kempas Fasa 2, di sini antara pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi pada 10 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Majistret Mohamad Syaiful kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Jun depan bagi mendapatkan laporan forensik, kimia dan keputusan bedah siasat mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Lushani, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, R S N Rayer.

Terdahulu, Rayer memohon pertimbangan mahkamah untuk membenarkan kedua-dua anak guamnya mendapatkan pemeriksaan kesihatan berikutan mengalami kecederaan di bahagian tapak kaki yang didakwa akibat dipukul semasa soal siasat.

Rayer turut memohon mahkamah membenarkan anak guamnya membuat laporan polis berkaitan kejadian pukul yang didakwa dialami mereka semasa dalam tahanan polis.

Majistret Mohamad Syaiful kemudian menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh boleh mendapatkan rawatan di penjara tempat mereka ditahan reman.

The Malaysia Press pada 10 Mac lalu melaporkan seorang lelaki berusia lewat 20-an maut akibat ditetak berulang kali di hadapan rumahnya di Taman Kempas.

Kejadian itu turut mengakibatkan adik perempuan mangsa cedera parah dengan tangan hampir putus.

Bapa saudara mangsa kemudian mendakwa kejadian dipercayai berpunca daripada dendam lama.

Related Posts

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?