Sambutan hari kelahiran rasmi TYT Sabah perkukuh perpaduan rakyat

KOTA KINABALU – Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini dilihat terus menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sambutan tersebut bukan sahaja melambangkan kedaulatan negeri, tetapi juga menjadi simbol penghormatan kepada institusi Ketua Negeri serta penyatuan rakyat Sabah yang berbilang latar belakang.

“Objektif utama penganjuran tahun ini adalah untuk menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap kepimpinan serta jasa bakti TYT kepada negeri dan rakyat.

“Antara kelainan sambutan pada tahun ini ialah penganjuran Program Bersama Rakyat iaitu Santai Riadah Perpaduan bersama TYT, yang memberi peluang kepada rakyat khususnya golongan belia untuk berinteraksi secara lebih dekat dalam suasana santai.

“Program tersebut akan berlangsung di Tasik Kompleks Sukan Likas, melibatkan aktiviti riadah dan sukan tradisional yang turut menekankan gaya hidup sihat serta semangat berpasukan,” katanya pada sesi temu bual bersama Sabah FM, pada Rabu.

Nizam turut berkata, sambutan kali ini turut menampilkan pelbagai pengisian termasuk Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat pada 29 Mac, diikuti Istiadat Perbarisan, Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri serta Majlis Jamuan Negeri.

“Program kemasyarakatan seperti Jamuan Teh bersama kanak-kanak istimewa dan anak yatim, pameran Dirgahayu TYT serta Hari Etnik Sabah turut menjadi antara tarikan utama.

“Penglibatan menyeluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, belia, penjawat awam dan sektor korporat dijangka mampu menyemarakkan lagi semangat perpaduan.

“Kehadiran rakyat dari seluruh Sabah ke Kota Kinabalu bagi menyaksikan perbarisan membuka ruang interaksi dan mengeratkan silaturahim antara masyarakat dan pemimpin,” ujarnya.

Beliau turut menekankan peranan penting golongan belia dalam menjayakan sambutan ini melalui penyertaan aktif dalam perbarisan serta program-program yang dianjurkan.

“Penglibatan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan, malah menyemai semangat patriotik dan cintakan negeri dalam kalangan generasi muda,” jelasnya.

Tambah Nizam, elemen belia, sukan dan ekonomi kreatif turut digabungkan dalam sambutan kali ini melalui penyertaan pelajar, aktiviti sukan serta penghasilan karya seni dan persembahan budaya.

“Semangat ini perlu terus subur walaupun selepas sambutan berakhir, kerana inilah kekuatan sebenar negeri kita,” tegasnya.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi