KMKK perlu peka projek pembangunan – Ripin

MIRI- Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) perlu peka dan memainkan peranan penting dalam membuat pemantauan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat berkata, nilai integriti harus diamalkan dalam kalangan KMKK agar menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

“KMKK memainkan peranan penting dalam membuat pemantauan projek pembangunan di kawasan mereka agar semua projek berjalan mengikut ketetapan yang sudah disediakan tanpa berlaku sebarang penyelewengan,”ujarnya.

Tambah beliau, KMKK bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menjadi mata dan telinga kerajaan.

“Saya menyeru tuan puan sentiasa melaporkan ketidak patuhan atau kelewatan projek supaya dapat membuat tindakan yang sewajarnya.

“Tuan puan merupakan penjaga kepada integriti dalam komuniti masing-masing dan sebagai pemimpin akar umbi yang memastikan projek pembangunan yang adil dan telus,” kata beliau semasa berucap dalam Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 14 Bil.5/2024 Daerah Miri pada Rabu.

Ripin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir juga ingin menekankan penjawat awam merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap rasuah.

“Kita perlu berperanan lebih objektif, konstruktif dan profesional untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam kita.

“Saya berharap Unit Integriti di agensi kerajaan dan Certified Integrity Officer (CeIO) dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam membudayakan dan memperkukuhkan integriti dalam agensi kerajaan,”katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman, Timbalan Residen Bahagian Miri Juan Ubit dan Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram