‎Helah kotak arak terbongkar di KKIA, lelaki ditahan bawa syabu RM1.5 juta ‎

KOTA KINABALU – Seorang lelaki ditahan selepas didapati menyembunyikan dadah dalam kotak arak dalam cubaan membawa masuk bahan terlarang tersebut melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada Rabu lalu.

‎Suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.15 malam sebaik tiba di laluan ketibaan antarabangsa selepas pemeriksaan terhadap bagasinya menimbulkan kecurigaan.

‎Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, hasil imbasan membawa kepada penemuan syabu dalam tiga kotak berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

‎”Pemeriksaan mendapati kotak berkenaan mengandungi plastik lut sinar berisi ketulan disyaki methamphetamine.

‎“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 30.30 kilogram dengan nilai pasaran kira-kira RM1.5 juta.

‎“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, pada Rabu.

Tambahnya, saringan awal air kencing suspek adalah negatif dan semakan mendapati tiada rekod jenayah lampau.

‎Suspek kini direman sehingga 20 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

‎Sementara itu di Tawau, seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis stor penyimpanan kenderaan pada 13 Mac lalu selepas didapati mencurigakan.

‎Pemeriksaan di lokasi menemukan syabu seberat kira-kira 3.07 kilogram bernilai RM153,000.

‎Hasil soal siasat membawa kepada serbuan susulan di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Jawa yang membawa kepada penahanan dua lelaki dan seorang wanita.

‎Dalam serbuan tersebut, polis menemukan lagi syabu seberat 20.48 kilogram bernilai kira-kira RM1.024 juta yang disimpan dalam sebuah bilik berkunci.

Kesemua suspek direman sehingga 22 Mac dan disiasat di bawah Seksyen 39B akta sama.

‎Jauteh berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

‎“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya.

Related Posts

Ribut landa Ipoh, lebih 200 rumah rosak

IPOH – Lebih 200 buah rumah di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini mengalami kerosakan selepas hujan lebat berterusan disusuli angin kencang hampir dua jam melanda kawasan berkenaan pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua wanita maut kemalangan MPV, kereta

KUANTAN – Dua wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Jalan Besar Jengka 19, berhampiran sebuah kolam pancing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ribut landa Ipoh, lebih 200 rumah rosak

Ribut landa Ipoh, lebih 200 rumah rosak

Dua wanita maut kemalangan MPV, kereta

Dua wanita maut kemalangan MPV, kereta

Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Dua maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Rakyat tidak lupa ‘poster boy’ BN PRN Johor 2022 bukan Onn Hafiz – Dr Zaliha

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Media ASEAN perlu perkukuh kerjasama tangani maklumat palsu

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan

Kementerian Komunikasi komited pertahan peluang kerja wartawan