Cadangan BDR penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan

PUTRAJAYA – Cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam yang sedang diperhalusi kerajaan ketika ini tidak melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan buat masa ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua sektor berkenaan diklasifikasikan sebagai sektor barisan hadapan dan perlu terus beroperasi seperti biasa.

“(Cadangan penjawat awam bekerja dari rumah) waktu ini tidak (membabitkan sektor pendidikan dan kesihatan). Tidak membabitkan dua sektor berkenaan yang bersifat ‘frontline’ (barisan hadapan),” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada cadangan pelaksanaan BDR untuk penjawat awam itu turut melibatkan sektor pendidikan dan kesihatan.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini telah menerima laporan awal berkaitan cadangan berkenaan daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurutnya, Perdana Menteri meminta supaya beberapa perkara berkaitan cadangan itu diperhalusi sebelum dibentangkan semula bagi pertimbangan lanjut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selepas sambutan Aidilfitri.

“Perdana Menteri minta supaya beberapa perkara disusuli dengan lebih rapi dan dibentangkan untuk dibuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang, akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri.

“Ini yang menjadi keutamaan, semestinya adalah sektor-sektor bukan kritikal dan Perdana Menteri meminta supaya KSN membentangkan dengan lebih penuh dalam mesyuarat MTEN akan datang,” katanya.

Mengulas kemungkinan cadangan BDR itu diperluaskan kepada sektor swasta, Fahmi berkata, terdapat syarikat swasta yang telah melaksanakan pendekatan berkenaan sejak pandemik COVID-19 sebelum ini.

Namun, katanya, kerajaan ketika ini memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan BDR dalam kalangan penjawat awam terlebih dahulu memandangkan jumlahnya yang besar.

“Bagi pihak kerajaan, memandangkan jumlah penjawat awam adalah jumlah yang besar dan signifikan, maka pada waktu ini penyelarasan itu perlu dilakukan di peringkat penjawat awam dahulu.

“Tapi tidak menghalang sektor swasta daripada melaksanakan sekiranya mereka merasakan ada keperluan pada waktu ini,” katanya.

Related Posts

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong