Perpaduan rakyat Sarawak terus mekar sempena Syawal

KUCHING – Kedatangan 1 Syawal tahun ini terus diraikan dengan penuh keceriaan, sekali gus menjadi medan terbaik untuk rakyat memperkukuh nilai kekeluargaan, perpaduan dan semangat kebersamaan yang menjadi nadi keharmonian di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di bumi Kenyalang sentiasa membawa keistimewaan tersendiri yang cukup mendamaikan.

Menurutnya, amalan pintu rumah yang sentiasa terbuka luas menyambut kehadiran tetamu pelbagai latar belakang dari sanak saudara, jiran tetangga hinggalah ke sahabat handai membuktikan keutuhan ikatan masyarakat berbilang kaum.

“Inilah keindahan budaya kita yang menzahirkan nilai kekeluargaan, sikap saling menghormati dan semangat kebersamaan yang sangat utuh,” katanya.

Dalam pada itu, kemeriahan Syawal tahun ini tambah bermakna apabila perantau dapat menikmati perjalanan pulang ke kampung halaman dengan lebih selesa, lancar dan menyeronokkan.

Beliau berkata, pelaksanaan kemudahan infrastruktur terkini seperti Lebuhraya Pan Borneo dan pembinaan jambatan merentasi sungai-sungai utama bagi menggantikan perkhidmatan feri, membawa impak yang cukup positif kepada rakyat.

“Kemudahan ini bukan sahaja merapatkan jarak perjalanan, tetapi yang lebih penting, ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta tali silaturahim,” tambahnya.

Di sebalik kemeriahan lebaran, Fatimah turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat kestabilan politik di Sarawak yang membolehkan pelbagai agenda pembangunan diteruskan dengan jayanya dan ekonomi terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan agenda Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (D2EI) terus diperkasa, khususnya dalam memperhebat kepimpinan dan keusahawanan wanita serta jaringan sokongan sosial agar tiada siapa yang tercicir.

“Semoga Syawal ini menjadi titik tolak untuk kita memperbaharui tekad, mempererat ukhuwah dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, progresif, aman, makmur serta sejahtera,” ujarnya.

Mengakhiri perutusan kemeriahannya, Fatimah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Sarawak sambil mendoakan agar bulan kemenangan ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat semua.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat