BUDI yang dicemburui

KETIKA BUDI95 mula diperkenalkan, tidak sedikit suara sumbang yang mempersoalkan keberkesanannya. Ada yang meramalkan ia bakal menyusahkan rakyat, malah ada juga yang menuduh subsidi petrol akan ditarik.

Namun seperti banyak reformasi lain dalam sejarah, sesuatu yang baru hampir pasti akan dipersoalkan sebelum difahami.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, reformasi fiskal adalah keperluan negara. Maka lahirlah BUDI95, satu pendekatan subsidi petrol yang lebih tersasar, lebih teratur, dan lebih adil.

Di bawah mekanisme ini, kerajaan memperuntukkan melebihi RM11 bilion setahun untuk memastikan petrol bersubsidi ini terus dinikmati rakyat.

Ini bukan angka kecil. Ianya komitmen fiskal yang besar.

Dunia sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik yang semakin serius. Konflik di Asia Barat, ketegangan perdagangan global, serta gangguan rantaian bekalan tenaga menyebabkan harga minyak dunia sering naik turun secara mendadak.

Dalam keadaan seperti ini, banyak negara tidak mempunyai pilihan selain memindahkan kenaikan kos bahan api kepada rakyat mereka. Setiap kenaikan harga minyak dunia akan terus dirasai di pam petrol.

Tetapi di Malaysia, ceritanya berbeza.

Walaupun harga minyak global meroket, rakyat Malaysia masih boleh membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter. Negara mana yang tak cemburu?

Di tengah krisis, Kerajaan MADANI berdiri sebagai benteng pertama kepada kos sara hidup rakyat.

Hakikatnya, subsidi petrol bukan sekadar soal minyak di tangki kereta. Ianya mempengaruhi kos pengangkutan, kos logistik, harga makanan, harga barangan harian, dan keseluruhan rantaian ekonomi rakyat biasa.

Dalam keadaan dunia yang tidak menentu ini, mesej yang cuba disampaikan Anwar sebenarnya cukup sederhana.

Rakyat tidak perlu panik. Kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk melindungi mereka.

Pendekatan ini seperti seorang ayah yang cuba menenangkan anak-anaknya ketika ribut melanda di luar rumah. Ribut itu nyata wujud, tetapi sekurang-kurangnya ada bumbung yang melindungi.

Namun, kita tetap perlu mengamalkan penjimatan. Kita tidak tahu berapa lama krisis akan berterusan.

Di media sosial pula, ramai rakyat yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik turut memberikan reaksi positif.

Bagi mereka, ketika banyak negara lain terpaksa membiarkan rakyat menanggung sepenuhnya kenaikan harga minyak, Malaysia masih mampu mengekalkan subsidi bahan api untuk jutaan rakyatnya.

Ada yang menulis secara ringkas tetapi penuh makna, “Kalau ini pun tidak disyukuri, entah apa lagi yang kita mahu.”

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

TULAR di media sosial beberapa keping gambar legenda Harimau Malaya, Datuk Abdah Alif, 72, berkahwin dengan gadis berusia 20 tahun. Bagaimanapun adiknya, Datuk Yunus Alif mengesahkan majlis perkahwinan itu berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah