Kerajaan kekalkan harga RON95, kurangkan beban rakyat

KOTA KINABALU – Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak mentah dunia meningkat kepada sekitar AS$103 susulan konflik geopolitik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, kenaikan harga minyak dunia memberi kesan langsung kepada kos pengangkutan, insurans dan harga barangan.

“Harga minyak dunia sebelum ini berada sekitar AS$70 namun meningkat kepada AS$103 dan masih menunjukkan trend kenaikan.

“Dulu harga minyak satu tong AS$70, sekarang AS$103 dan terus meningkat.

“Maknanya bila minyak naik, kos pengangkutan naik, insurans naik dan akhirnya harga barang turut meningkat,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 , di sini, pada Ahad.

Tambahnya, kerajaan mengambil keputusan mengekalkan harga jualan RON95 pada RM1.99 bagi mengurangkan beban rakyat, walaupun harga minyak dunia meningkat.

“Walaupun harga minyak dunia naik daripada AS$70 kepada AS$103 , harga jualan RON95 kekal RM1.99,” katanya.

Mengulas lanjut konflik di Asia Barat, Anwar berkata, konflik itu memberi kesan kepada perdagangan global.

“Laluan penting seperti Selat Hormuz berisiko terjejas sehingga menyebabkan penghantaran minyak, gas dan barangan keperluan terganggu.

“Kalau laluan itu terjejas, barang tidak sampai, minyak dan gas tersangkut dan kos insurans meningkat,” jelasnya.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan turut menanggung subsidi besar bagi memastikan harga diesel di Sabah dan Sarawak kekal rendah.

“Penggunaan diesel di kedua-dua negeri itu lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

“Tahun lalu subsidi diesel untuk Sabah dan Sarawak berjumlah RM2 bilion.

“Untuk tahun 2026 setakat ini, jumlah subsidi dijangka meningkat kepada RM4.6 bilion,” katanya.

Tambahnya, kos sebenar diesel ketika ini mencecah sekitar RM4.30 seliter, namun rakyat di Sabah dan Sarawak hanya membayar kira-kira RM2.15 seliter kerana baki kos tersebut ditanggung kerajaan.

“Setiap kali rakyat membeli diesel pada harga RM2.15, kos sebenar ialah RM4.30. Kerajaan Persekutuan menanggung perbezaan itu,” jelasnya.

  • Related Posts

    Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

    SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

    KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

    Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

    Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

    Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

    Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

    Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

    Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

    Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

    Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

    Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

    ‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

    ‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy